Aku pernah hisap…

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Best tul makan nasi + telur + ikan kering yang rapuh nipis-nipis. (Aku sarapan pada jam 12.00 tengahari)

Aku hari ni sihat. Alhamdulillah. Risau gak macam-macam penyakit leh dapat sekarang nie. Darah tinggi tu senang-senang je leh dapat.

Hari nie nak bercerita pengalaman aku dengan ROKOK. Aku perokok? tak. Aku tak merokok dan tak bermakna aku tak lelaki. ahaha. Yer la, mesti anda pernah dengar ayat-ayat:

“Tak macho la tak hisap rokok”

“Perempuan suka tengok lelaki hisap rokok la…”

Huhuhu.. Penting ke hisap rokok untuk jadi macho? :P

Bukan aku tak pernah rasa apa itu rokok. Rokok daun, Rokok Dunhill, Suria, LM, Rokok-rokok Indonesia (macam-macam perisa ada. Coklat, Kopi dan Cappucino pun ada), Sisha pun dah (ada kat umah sewa aku kat Indonesia). Dan aku rasa macam tak boleh blah je dengan rokok nie. Tak rasa apa-apa pun. Kalau suria  tu ada la rasa manis-manis tu. Klu yang berangin tu ada la.

Ke aku tak reti? haha..Tapi yang penting aku tidak berminat dengan rokok dan rasa macam tak mampu je nak hisap rokok. Klu a day kena spend rm6-7, klu sebulan? hurmm…
Kerajaan Malaysia melakukan banyak perkara untuk mengurangkan tabiat merokok di kalangan penduduk Malaysia (serius ke?) Terbaru dengan meletakkan gambar-gambar akibat merokok di kotak Rokok. Feedback dari kawan-kawan aku diorang semua biasa je. hahaha…tapi tak leh tahan tang gambar Janin gugur tu. huhu.

Ala tapi sekarang dah ada “casing” untuk kotak rokok tu plak. :P

Tapi aku memang sudah lama jadi perokok pasif. Pergaulan aku sekeliling aku banyak yang merokok. Tapi aku tak kisah. Aku tak alahan pada asap rokok as long as dia tak hembus betul-betul kat muka aku la. hahaha.

Ok la. Bagi perokok di luar sana, peace, tak berniat nak mengutuk perbuatan anda. Anda ada alasan tersendiri mengapa merokok. kan? :)

Terjumpa la plak video-video nie kat bawah… Layan…

Agak-agak klu kita buat betul-betul camni, apa jadi ek?

Hurmm…

Tags: ,

Comments (15)

Penang – KL – Kajang – Putrajaya – KLCC – LCCT – KL Sentral – Jalan TAR

Baru balik dari Kajang. Huish..cepat plak keretapi sekarang. Selalu kalau dari KL ke Butterworth sampai dalam jam 6 pagi. hari nie belum jam 5 lagi dah sampai dah.
Aku ke Kajang sebab nak antar anak family angkat aku yang tinggal di Indonesia ke LCCT. Alang-alang tu bawak la jalan-jalan sekitar KL dan Putrajaya dengan bantuan Pun dan Ain. (Penginapan, makanan dan pengangkutan. huhuhu)
Semalam baru dia naik flight ke Indonesia. Pun dan Ain terus antar aku ke Komuter Kajang. Bergegas-gegas nak ke Jalan TAR nak cari Kain Pasang and Tudung pesanan member. Adus…kalau barang perempuan pesan dekat lelaki, ibarat student kejuruteraan mekanikal buat prakital perubatan la. Haiz… At last aku main belasah je. Tudung tak jumpe. macam-macam nama tudung aku dapat. Tudung ID la, Tudung Syria la, Tudung Datuk CT la, Tudung takde Pengeras(minah kedai tu cakap aku dah blur..haha), paling lawak Tudung Dubai Takde Kepala.Toink. Ya..aku gelak di situ.

Untitled Export

Kalau ada member pompuan join tolong carikan ok la gak. Aku mana la tau pasal-pasal tudung nie. Tengah dok cari-cari tudung tu terserempak la plak dengan Client Ayarx. Marzuki dan Isterinya (sila tekan dengan lembut untuk lihat gambar wedding mereka DI SINI) sedang borong sakan.huhu. Dan Marzuki tu merangkap kawan kepada Kyzer dan Isteri marzuki tu merangkap kawan sekolej aku. Kecik dunia.haha..

DSC_7877

Berbag-bag shopping. huhuhu. Marzuki (baju Oren) dan Isterinya (Baju Biru)

6.20 petang aku amik Star terus gi KL Sentral. Kang tak pasal-pasal terlepas train macam hari tu (sila tekan dengan sopan untuk baca entry aku terlepas Train DI SINI)
Dan aku tidur dengan bestnye dalam train. Terjaga kul 2.38 pagi pergi lepak kat Kantin makan Bihun Goreng Masin Istimewa.huh…

DSC_7879

Gara-gara bateri handset habis, terpaksa snap pic untuk tengok jam. Sila abaikan Teknikal dan Seni photography dalam gambar ini.

Oh ya. Bank Negara Malaysia dah keluarkan duit RM50 baru kan? aku baru dapat note tu semalam masa keluarkan duit dari ATM Maybank KL Sentral jam 6.38 petang. hehehe..Terkejut aku bila keluar note tu. Ingatkan mata wang asing mana la.

DSC_7881

DSC_7862

Tags: , , , , , ,

Comments (14)

Sambal Tempoyak + Router = Gembira + Sedih

Hari nie bangun pagi dengan keadaan cuaca yang sangat sejuk. Brrr… Alasan yang baik untuk tak mandi pagi. (tiap-tiap pagi pun mandi lambat).
Kalau hari-hari camnie kan best. Tak terkejar-kejar cari Air Kelapa Muda, Air Jambu AA, Air Tebu.
Tengok status Kyzer di Facebook seolah-olah dia ada dekat Koskam. Ermm…Dah lama aku “admire” dekat Sambal Tempoyak Kedai makan Cikgu Musni tu. Sungguh menyelerakan.
Ajak Kyzer lunch sama-sama. Akhirnya dapat gak memenuhi perut aku dengan sambal Tempoyak, ulam-ulaman, Keli Goreng…wah…

Sambal Tempoyak dan Ulam-ulaman (Gambar Hiasan)

Ikan Keli Goreng (Gambar Hiasan) Sesungguhnya part masukkan gambar makanan nie buat aku telan air liur.

Abis Lunch ikut Kyzer gi “Tapak Projek” dia. Pastu gi umah aku. Tengah dok melayari Buku Muka tetiba connection internet putus.Waduh! Gawat.
Melawat tgk Router aku. Adus.. Lampu apa pun tak nyala. Suspect utama, Adapter dia terbakor. Pergi la cari adapter lain. Dah dapat. Tak cukup Ma plak. Router tu nak 1000Ma. Adapter tu 500Ma je.
Gi tukar cari yang sesuai. Okes! harap-harap ok.Dah lampu nyala. Yes! Sekali internet tak leh masuk-masuk. Contact Technical Support TM. Sampai la kali ketiga contact diorang cakap “u punya modem rosak la nie”
Adus…Dah la tgk kering. Tapi kerana tak nak urusan kerja aku terbantut, terpaksalah aku angkat Router Wireless lain. Huwaaa!!! RM185 tu bukannya sikit!!

DSC_7613

Router lama. Dah meninggal kena panah petir.

DSC_7611

Welcome to new world.

Moral of the story: Jangan buka internet waktu hujan apatah lagi waktu ribut dan kilat melainkan anda banyak duit.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments (4)

Kawan-kawan dah, aku bila lagi?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. pagi nie cuaca redup je dan sejuk je. nak mandi pun takut je tengok air tu. huhuhu.

Tahun ni ramai betul kawan-kawan aku yang kawen (baca: nikah). Sham Nahdzah, Syfuddin dan Nurul Ain, dan ramai lagi la. Yang dapat baby pun ramai. Baru-baru ni Azwa dan Maqbal dapat baby dah. Ni lagi baru Kakak kepada Nur Pesona Seni Foto pulak dapat baby. Tahniah ye tahniah. Dan lagi la gembira diorang bila Nur dan Apit pun dah mula nak masuk alam parenting. Tahniah ye Apit tahniah. Satay Kambing ok? Boleh tengok berita-berita gembira mereka di sini.

apit nur

Tags: , , , , , , , , ,

Comments (12)

Sedutan Berita Tragedi Letupan Bom di Jakarta

Presiden Susilo dedah beliau jadi sasaran tembak

JAKARTA 17 Julai – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang mengutuk keras kejadian letupan bom di dua buah hotel di sini pada Jumaat, mendedahkan beliau sendiri menerima pelbagai ancaman bahkan gambar wajahnya dijadikan sasaran latihan menembak oleh kumpulan tertentu.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh pihak risikan Indonesia dalam tempoh pilihan raya langsung presiden Indonesia (pilpres) 8 Julai lepas. – Bernama

JW Marriot, Ritz Carlton diletup pengebom berani mati – Polis

JAKARTA 17 Julai – Polis Indonesia mengesahkan kejadian letupan bom di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton di sini pada pagi Jumaat yang meragut lapan nyawa dilakukan oleh pengebom berani mati.

Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri berkata, hasil siasatan di tempat kejadian, didapati dua pengebom berani mati terlibat.

“Polis sedang memeriksa identiti pelaku. Yang di Ritz Carlton, kepalanya masih utuh, yang di JW Marriot pula tempurung kepalanya sudah tertanggal tetapi masih boleh dikenali,” katanya pada sidang media di sini petang ini.

Polis bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pengebom berani mati itu warga asing atau rakyat Indonesia.

Sebelum itu, laman web berita detikcom, yang memetik sumber berkata, seorang pengebom berani mati dipercayai Nurdin A. yang menurut daftar tetamu hotel menyewa bilik 1808 hotel JW Marriott selama seminggu. – Bernama

Masyarakat antarabangsa kutuk serangan bom di Jakarta

KUALA LUMPUR 17 Julai – Kesatuan Eropah (EU) mengutuk serangan bom di dua hotel di Jakarta hari ini, yang mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan 50 orang.

Ketua Dasar Luar dan Keselamatan (CSFP) Kesatuan Eropah, Javier Solana berkata, beliau amat terkejut apabila Indonesia sekali lagi menjadi mangsa keganasan. – Bernama

Sumber: www.utusan.com.my

Tuan Rumah: Ape la nak jadi dunia sekarang nie. Lepas satu hal satu hal.

Tags: , , ,

Leave a Comment